Zynakal kecewa ramai suka lagu AI, minta hargai usaha pencipta lagu sebenar

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 06 May 2026 10:34:24

Penyanyi Zynakal meluahkan pandangannya berhubung trend lagu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang semakin mendapat perhatian ramai dan menegaskan kepentingan menghargai karya asli hasil ciptaan anak seni tempatan.

Minta hargai lagu pemuzik sebenar

alt

Menerusi perkongsian di Threads, Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, tidak bersetuju apabila masyarakat terlalu cepat menyokong karya yang dihasilkan menggunakan teknologi AI sehingga mengetepikan usaha penggiat muzik sebenar yang berkarya secara autentik.

“Hargai orang yang real buat music kat Malaysia ni. Mamat tu jual kereta kau pergi tunggu next single dia?” ciapannya, hari ini.

Zynakal bagaimanapun menjelaskan bahawa kenyataannya bukan bersifat peribadi atau ditujukan kepada mana-mana individu tertentu, sebaliknya lebih kepada kebimbangan terhadap arah sokongan industri muzik ketika ini.

“Aku takda beef dengan dia cuma jangan la disebabkan dia viral pakai lagu AI terus nak anggap dia musisi habistu yang kita anak seni ni nak buat apa? jual kereta?” tambahnya lagi.

alt

Dalam masa sama, Zynakal mengingatkan agar masyarakat terus menyokong dan memberi penghargaan kepada pencipta lagu serta artis tempatan yang menghasilkan karya secara tulen dan penuh usaha.

Artikel lain: Baki akaun bank tinggal RM19, Zynakal bengang duit ratusan ribu lesap dirembat

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen dilihat meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang cenderung menyokong lagu berasaskan teknologi AI.

Malah ramai juga warganet tampil memberikan kata-kata semangat serta sokongan kepada Zynakal agar terus menghasilkan karya dan tidak berputus asa dalam industri muzik.

Cipta lirik yang relevan

alt

Menyampah lagu ai

alt

Setuju dengan Zynakal

alt

: Threads Zynakal

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts