by Oh! Semput
Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan penjualan pakaian dalam terpakainya menerusi kaedah bidaan di media sosial, dengan harga tertinggi mencecah RMRM5,800.
Menerusi platform Threads, Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 39, memaklumkan pada awalnya terdapat pasangan suami isteri yang sanggup membida pakaian dalam tersebut sehingga RM4,200.

Walau bagaimanapun, bidaan itu tidak terhenti di situ apabila Zarina kemudian mengemas kini bahawa pakaian dalam berkenaan berjaya dilelong pada harga tertinggi RM5,800.
Dalam perkongsian tersebut, Zarina memilih untuk merahsiakan identiti pembeli dengan tidak mendedahkan nama atau wajah, sebaliknya hanya berkongsi bukti bayaran melalui perbualan WhatsApp.

Menurut Zarina, pakaian dalam berjenama miliknya itu merupakan barangan preloved dan akan dijual kepada pembida tertinggi.
Dalam masa sama, pelakon drama Anak Pontianak itu turut mempertahankan tindakannya dan menegaskan kehadirannya di media sosial adalah semata-mata untuk tujuan perniagaan.

Artikel lain: Zarina Anjoulie pertahankan LMK, minta jangan ketawakan orang putus cinta
Sebelum ini, Zarina turut mencetuskan kontroversi apabila mempromosikan akaun Telegram berbayar, namun menafikan spekulasi bahawa ia bertujuan menjual kandungan tidak senonoh dan menegaskan tiada sebarang kandungan aksi panas disediakan.
: Threads anjoulielavocah