Nad Zainal Tegaskan Serius Di Set, Tak Gemar Bergelak Ketawa Ketika Bekerja – “Ini Sebab Saya Dan Ungku Berjodoh”

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 18 Mar 2026 10:02:50

Pelakon Nad Zainal menegaskan bahawa dia dan suaminya, Ungku Ismail Aziz sentiasa menitikberatkan sikap profesional ketika berada di set penggambaran.

Menerusi perkongsian di Threads, Nad berkata mereka tidak gemar bergelak sakan semasa bekerja kerana menganggap setiap tugasan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh memandangkan mereka menerima bayaran untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Advertisement

nad zainal

“Asyik gelak bila nak balik? Orang bayar tapi kita main-main pula. Kesian dekat krew. Nak gelak-gelak buat sebelum masuk set. Laki bini kena all out,” tulisnya.

Dalam masa sama, Nad turut berkongsi bahawa sikap serius terhadap kerja itu juga menjadi salah satu faktor yang menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri kerana kedua-duanya berkongsi prinsip yang sama dalam menjaga kualiti kerja.

“Saya rasa sebab itu juga kami kahwin. Kami sejenis buat hal sendiri dan masuk set tak boleh lagi main-main ya. Lagipun anak menanti di rumah. Ada satu hari itu kami bawa anak-anak di set. Jadi, mereka faham sahaja mak ayah mereka tengah kerja. Itu pun sejam sahaja,” ujarnya.

Tambah Nad lagi, suaminya juga kurang selesa dengan sikap segelintir individu yang gemar bergelak sambil bertepuk tampar ketika berada di set, dan dia sendiri turut berasa rimas dengan perlakuan tersebut.

“Laki saya ni jenis tak suka perempuan sikit-sikit nak gelak bertepuk tampar. Saya pun rimas. Kami nak siapkan kerja dan jumpa anak sahaja. Jadi, kita perform. Habis scene sahaja ada waktu kami tidur. Waktu makan, kami memang makan dan waktu berseronok, kita berseronoklah,” kongsinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-18 13:39:05

"Tak Layak Jadi Pemimpin, Depan Orang Terpaling Suci" - Zizi Kirana Berang Lihat Suami Langgar Isteri Pakai Motosikal

Nad Zainal Tegaskan Serius Di Set, Tak Gemar Bergelak Ketawa Ketika Bekerja – “Ini Sebab Saya Dan Ungku Berjodoh” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts