Zul Yahya Didakwa Berdepan Masalah Kewangan, Satu Keluarga Tidur Di Kedai Makan – “Kifarah Atau Ujian?”

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 14 May 2026 06:32:45

Pelakon Zul Yahya dilaporkan sedang berdepan masalah kewangan susulan perniagaan kedai makan yang diusahakannya dikatakan kurang stabil ketika ini.

Perkara itu dikongsikan seorang warganet dikenali sebagai Azrul Hanaffi menerusi hantaran di Threads selepas memuat naik tangkap layar daripada sesi siaran langsung aktor berkenaan.

Advertisement

zul yahya

Menurut Azrul, Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Yahya kini melalui fasa sukar apabila perniagaan di premis makanannya berdepan masalah sehingga menjejaskan ekonomi keluarga.

Malah, Azrul mendakwa Zul dan keluarganya terpaksa tinggal di premis tersebut kerana tidak mampu menjelaskan bil kediaman.

“Saya baru tengok siaran langsung Zul, dia cakap bisnes kedai makan sedang teruk, anak bini kena tidur dekat kedai dan bil TNB (elektrik) rumah tertunggak.”

“Dia cadang nak cari tempat yang ada orang ramai, tapi modal tak cukup.”

Susulan itu, Azrul menyeru orang ramai yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan kepada pelakon filem MX3 tersebut bagi meringankan beban yang ditanggung namun ada juga yang meminta pelakon itu untuk ‘berubah’ gara-gara’ keterlanjurannya apabila bercakap di live serta layanan terhadap para pelanggan yang hadir ke kedai makan miliknya sebelum ini.

x

kl

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

da
2026-05-14 12:25:44

"Aku Sibuk Hal Sendiri Pun Boleh Menganggu Orang Lain" - Foto Renang Zul Ariffin Bikin Peminat Wanita Tak Keruan

Zul Yahya Didakwa Berdepan Masalah Kewangan, Satu Keluarga Tidur Di Kedai Makan – “Kifarah Atau Ujian?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts