Xiaomi Tag Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM59

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 23 Feb 2026 17:30:23

Xiaomi Malaysia kini memperkenalkan penjejak peranti Xiaomi Tag lebih awal daripada pelancaran global, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang menerimanya.

Dengan berat 10 gram dan ketebalan 7.2mm, Xiaomi Tag mudah dibawa ke mana-mana dan sesuai digantung pada kunci, dompet, beg atau barangan peribadi lain.

Peranti ini hadir dengan pembesar suara piezoelektrik terbina, pensijilan IP67, sambungan Bluetooth 5.4 serta NFC untuk ciri Lost Mode (khusus untuk Apple Find My). Ia menggunakan bateri standard CR2032 yang mudah ditukar dan boleh bertahan sehingga satu tahun.

Xiaomi Tag menyokong Google Find Hub untuk peranti Android 9 ke atas dan Apple Find My untuk iPhone/iPad dengan iOS 14.5 atau iPadOS 14.5 ke atas, menjadikannya serasi dengan pelbagai telefon pintar dan tablet.

Harga dan ketersediaan

Xiaomi Tag ditawarkan pada harga RM59 untuk satu unit atau RM199 bagi pakej empat unit. Untuk pembelian, layari laman rasmi Xiaomi atau melalui Laman Beli dengan memasukkan nama produk di bahagian carian.

{suggest}

Xiaomi Tag Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM59 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts