WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Untuk Kawalan Keselamatan Lebih Ketat

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 28 Jan 2026 04:00:17

WhatsApp kini mengumumkan ciri baharu berkonsepkan kawalan keselamatan lebih ketat, dinamakan “Strict Account Settings” atau Tetapan Akaun Ketat.

Jika ciri ini diaktifkan, tetapan akaun tertentu akan dikunci pada tahap paling ketat dan mengehadkan cara WhatsApp berfungsi, termasuk menyekat lampiran dan media daripada nombor yang tidak tersenarai sebagai kenalan.

Ciri ini dilancarkan secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang. Pengguna boleh menyemak ketersediaan dan mengaktifkannya melalui Settings > Privacy > Advanced.

Menurut WhatsApp, Tetapan Akaun Ketat adalah sebahagian daripada langkah untuk melindungi pengguna daripada ancaman siber paling canggih. WhatsApp juga menggunakan bahasa pengaturcaraan Rust bagi memastikan foto, video dan mesej kekal selamat daripada perisian pengintip. Untuk maklumat lanjut tentang teknologi ini, klik di sini.

{suggest}

WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Untuk Kawalan Keselamatan Lebih Ketat WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts