Wartawan Kanan Akhbar Tempatan Maut

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 29 Nov 2016 15:00:27

Kota Kinabalu: Wartawan kanan akhbar New Sabah Times maut disyaki akibat serangan jantung selepas merempuh kenderaan di Jalan Sembulan berhadapan Balai Bomba Kota Kinabalu, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Frederick Charles Leong, 64, dipercayai meninggal dunia di dalam kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya.

Difahamkan, ketika kejadian mendiang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bundusan, Penampang selepas selesai bertugas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

“Siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mendiang yang lebih dikenali sebagai Fred Leong berkhidmat lebih 30 tahun dalam media dan pernah bertugas di RTM, Borneo Mail dan terakhir New Sabah Times.


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts