Buat wanita terpukau! Salamah Gold & Jewellery perkukuh legasi, buka cawangan ketiga di Ampang

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 13 May 2026 10:34:25

Jenama barangan kemas tempatan, Salamah Gold & Jewellery terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri emas negara apabila merasmikan pembukaan cawangan ketiganya di Galaxy Ampang Shopping Centre, baru-baru ini.

alt

Pembukaan cawangan baharu itu menjadi satu lagi pencapaian penting buat syarikat berkenaan selepas kejayaan operasi di Kajang dan Medan Gopeng, Perak, sekali gus memenuhi permintaan pelanggan terhadap koleksi emas moden dan berkualiti.

alt

alt

alt

Menurut pengurus cawangan Ampang, Mohd Bukri Osman, nama “Salamah” dipilih sebagai simbol penghargaan kepada ibu beliau sendiri yang menjadi sumber inspirasi serta kekuatan sepanjang perjalanan membina perniagaan tersebut.

“Bagi saya, ibu adalah simbol kekuatan dan pengorbanan. Nama Salamah dipilih bukan sahaja mudah diingati, malah membawa nilai kasih sayang keluarga, keberkatan dan legasi yang ingin kami bina dalam jenama ini,” katanya ketika sidang media sempena majlis pelancaran itu.

alt

altMajlis perasmian berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada pelanggan, rakan strategik perniagaan, serta tetamu jemputan yang memeriahkan suasana sepanjang acara berlangsung.

Selain menampilkan pelbagai koleksi emas moden dan eksklusif, Salamah Gold & Jewellery turut mengetengahkan konsep ruang beli-belah yang lebih santai, moden dan mesra pelanggan bagi memberikan pengalaman membeli emas yang lebih selesa kepada semua lapisan masyarakat.

alt

alt

alt

Dalam usaha menarik minat generasi muda, pihak pengurusan optimis bahawa emas kini bukan sekadar aksesori fesyen, malah semakin mendapat perhatian sebagai instrumen simpanan dan pelaburan jangka panjang.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts