Mahu Wanita Berbeza Setiap Hari, Lelaki Ini Cari ‘Peneman’ Tarawih

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 27 Feb 2026 10:02:55

Tindakan seorang lelaki yang mencari ‘peneman’ solat tarawih dengan wanita berbeza sepanjang beberapa hari mencetuskan kecaman dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, lelaki itu memaklumkan dia akan berada di sekitar Kuala Lumpur untuk mengunjungi masjid berbeza selama lima hari bagi berbuka puasa serta menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih.

Advertisement

peneman

“Kawan saya bawa tunangnya, jadi kalau ada wanita yang berminat Ramadan masjid ‘hunting’, bagitahu saya ya. Nak satu orang sahaja sehari,” tulisnya.

Dia turut menyenaraikan lima masjid yang bakal dikunjungi sekitar ibu kota dan Sendayan, Negeri Sembilan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak menghormati kesucian bulan Ramadan.

masjid

“Kenapa kamu perlukan perempuan untuk teman? Lagi pula dekat masjid, hayati dan fokus sendiri saja iftar di masjid. Tak perlu berteman-teman,” kata She.

“Pergi masjid dengan kawan lelaki cukuplah, apa cerita ajak perempuan yang bukan mahram? Perempuan di luar sana, hati-hati dengan lelaki yang begini,” kata Lina.

“Semoga wanita yang baik-baik tidak terperdaya perangkap dosa yang nyata,” kata Kuro.

Perkongsian tersebut terus menjadi perdebatan hangat, dengan ramai menasihatkan agar ibadah di bulan Ramadan dilakukan dengan lebih berhemah dan menjaga batas pergaulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-27 14:40:05

Khairul Aming Menangis Terkenangkan Waktu Awal Kemunculan - "Terima Kasih Korang Untuk Semuanya.."

Mahu Wanita Berbeza Setiap Hari, Lelaki Ini Cari ‘Peneman’ Tarawih first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts