“Walaupun Dari Luar Penuh Tatu, Tapi Hati I Tetap Baik InsyaAllah” – Miller Khan

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 09 Mar 2026 06:32:50

Luahan pelakon Miller Khan tentang arwah bapanya baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi coretan menyentuh hati ketika menziarahi pusara bapanya di Kuala Lumpur.

Miller atau nama sebenarnya Mohamad Suhaemi Ali Dad Khan, 39, memuat naik momen tersebut ketika pulang ke Malaysia dan mengenang kembali arwah bapanya yang jika masih hidup kini berusia 92 tahun.

Advertisement

“Walaupun dari luar penuh tatu, hati saya tetap baik”

“Kalau ba masih ada, tahun ini genap 92 tahun. Saya pula dah nak 39 (tahun). Saya harap ba bangga dengan saya. Walaupun dari luar penuh tatu, tapi hati saya tetap baik, insya-Allah.”

“Saya harap ba melihat saya dari atas mengawasi saya dan membimbing setiap langkah saya setiap hari,” tulisnya.

Perkongsian itu turut mengundang reaksi ramai netizen yang berkongsi pengalaman serupa, menyatakan bahawa penampilan luaran seseorang tidak semestinya mencerminkan keperibadian sebenar.

Dalam hantaran yang sama, Miller juga berkongsi foto ketika berbuka puasa bersama ibu serta adiknya yang juga pelakon, Isa Khan.

Untuk rekod, Miller berhijrah ke Indonesia sekitar tahun 2007 bagi mengembangkan kerjaya lakonannya dan sejak itu aktif membintangi pelbagai drama serta filem di negara tersebut.

Dia juga mendirikan rumah tangga dengan warganegara Indonesia, Farina Rebecca pada tahun 2021 dan sehingga kini terus aktif sebagai pelakon popular di sana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

intan najuwa
2026-03-09 12:29:43

"Datuk Asraf Azman Tu Bod*h!" - Intan Najuwa Buat Laporan Polis, Diganggu Individu Tidak Dikenali

“Walaupun Dari Luar Penuh Tatu, Tapi Hati I Tetap Baik InsyaAllah” – Miller Khan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts