(VIDEO) Enam Bulan Jalani Fisioterapi, Rakyat Titip Doa Lihat Keadaan Terkini Tun Dr Mahathir Mohamad

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 04 Jun 2026 06:32:40

Hampir enam bulan berlalu sejak bekas Perdana Menteri Ma;aysia,  Tun Dr Mahathir Mohamad menjalani fisioterapi susulan kecederaan patah pinggul selepas terjatuh di bilik air.

Sejak insiden itu, difahamkan Dr Mahathir hampir setiap hari menjalani sesi fisioterapi. Bagaimanapun, kelibat negarawan veteran itu jarang dilihat di khalayak ramai, manakala kebanyakan video yang dikongsikan dalam talian dipercayai dirakam sebelum beliau mengalami kecederaan.

Advertisement

Malah di akaun media sosialnya yang masih aktif, Dr Mahathir juga dilihat tidak banyak berkongsi mengenai proses pemulihan yang sedang dilaluinya.

Disebabkan itu, satu hantaran terbaru oleh pengguna Threads, @henry_sophia1, mencuri perhatian ramai selepas individu tersebut sempat merakam Dr Mahathir ketika berada di sebuah kafe.

Menyedari dirinya sedang dirakam, Dr Mahathir dilihat membalas dengan senyuman mesra sambil melambaikan tangan ke arah individu di belakang kamera.

tun M

Bekas Perdana Menteri itu kelihatan memerlukan kusyen sebagai sokongan ketika duduk, namun raut wajahnya yang ceria menunjukkan beliau masih kekal bersemangat, apatah lagi menjelang ulang tahun kelahirannya yang ke-101 pada Julai ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial menitipkan doa dan ucapan agar Dr Mahathir terus diberikan kesihatan serta dipermudahkan proses pemulihannya.

Tidak kurang juga yang memuji senyuman dan sikap positif beliau yang masih terserlah meskipun sudah lanjut usia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelarian rohingya
2026-06-04 11:26:12

"Jangan Kata Kami Tak Berjuang Kalau Anda Tak Pernah Rasa Hidup Di Arakan" - Aktivis Rohingya Di Kanada Nafi Pelarian Ingin 'Rampas' Malaysia

(VIDEO) Enam Bulan Jalani Fisioterapi, Rakyat Titip Doa Lihat Keadaan Terkini Tun Dr Mahathir Mohamad first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts