KEMBOJA - Seorang lelaki warga Belanda dan dua lelaki tempatan ditahan di Kompong Cham, Selasa lalu selepas video seorang kanak-kanak lelaki tidak berpakaian didera dengan pistol renjat tersebar di media sosial, lapor Cambodia Daily.
Timbalan Ketua Polis Kompong Cham, Heng Sambath berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes dera dan meliwat mangsa berusia dua tahun itu.
Ret Sothy, 28, dan Oeu Nat, 25, merupakan pekerja kepada Stefan Struik, 53, yang memiliki sebuah ladang koko di wilayah Mondolkiri dan kilang gula sawit di Kompong Cham.
Sambath berkata, tiga suspek yang ditahan ini kini sedang disoal siasat berhubung video viral tersebut selepas pihaknya mendapat laporan dari ibu bapa mangsa yang mendakwa anaknya telah diliwat.
Nguyen yang melarikan diri ke Vietnam berjaya ditahan polis
Polis juga telah berjaya menahan suspek keempat, Nguyen Dung, yang merupakan tukang masak Stefan yang melarikan diri ke Vietnam selepas video penderaan itu viral di media sosial sehingga menarik perhatian pihak berkuasa.
Dalam video tersebut, seorang lelaki dipercayai Nguyen 'menembak' mangsa dengan pistol renjat menyebabkan kanak-kanak itu menangis dan menjerit kesakitan.
Mangsa kini dibawah perlindungan Unit Perlindungan Kanak-Kanak.
Stefan dan Nguyen dipercayai pasangan kekasih songsang
Timbalan Ketua Polis Mondolkiri, So Sovann mengesahkan kejadian itu berlaku di sebuah ladang di wilayahnya dan mangsa merupakan anak kepada pasangan warga tempatan yang bekerja dengan Stefan Struik.
Stefan dan Nguyen juga didakwa merupakan pasangan songsang. Bagaimanapun, Sovann tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA):Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan sebanyak 640 slot penajaan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negara
TEMERLOH: Hasrat Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, untuk mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila dia bersama adiknya, Dinie Nasuha, 19, maut dalam kemalangan jalan raya.Ahmad Samadi Ibrahim, 55, yang juga saudara kepada keluarga ma
PEKAN: Tiga termasuk seorang doktor dan anak perempuannya berusia dua tahun serta pegawai kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 67, Jalan Kuantan - Segamat dekat Chini, di sini, semalam.Mangs
Menurut Islamic Tourism Centre (ITC):Malaysia sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pelancongan mesra Muslim global apabila dinobatkan sebagai Destinasi Mesra Muslim Terbaik (OIC) dalam laporan Global Muslim Travel Index (GMT
Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail bersama isterinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Perodua Axia di persimpangan Jelatang, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), awal pagi Sa
KUANTAN: Kerajaan Persekutuan meluluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara sebagai satu langkah besar bagi menyelaras hala tuju, model pendidikan, standard pengiktirafan dan laluan akademik pelajar tahfiz di seluruh negara.Timbalan Perdana Menteri Datu
KUANTAN: Dua wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Besar Jengka 19, berhampiran sebuah kolam pancing di Jengka pada Jumaat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba d
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman di Shahzan House, Ampang di sini, semalam.SPRM dalam k
KUANTAN: Pahang melakar sejarah apabila berjaya menghimpunkan kira-kira 5,000 huffaz dari seluruh negeri menerusi penganjuran sulung Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026 yang berlangsung di Kompleks Yayasan Pahang malam tadi.Himpunan terbesar seumpamanya di
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengingatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tidak menjadikan video tular sebagai pencetus utama tindakan, sebaliknya memastikan aspek penyelenggaraan, kebersihan dan keselam