by Oh! Semput
Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil membuat teguran terbuka terhadap segelintir wanita Islam yang mengenakan tudung namun berpakaian ketat dan menjolok mata, sehingga boleh mengundang fitnah dalam masyarakat.

Menerusi satu perkongsian, beliau meluahkan kebimbangan apabila semakin hampir bulan Ramadan, semakin banyak iklan pakaian Hari Raya memaparkan wanita Muslimah bertudung tetapi mengenakan busana sendat dan melekat pada tubuh.
Menurutnya, pemakaian sedemikian lebih berat fitnahnya berbanding wanita yang tidak bertudung namun berpakaian sopan dan longgar.
Ustazah Asma’ turut mengingatkan umat Islam tentang peringatan Rasulullah SAW berkaitan golongan wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya seperti telanjang, sebagaimana disebut dalam sebuah hadis sahih.

Beliau menerangkan, teguran tersebut bukan bertujuan memuji wanita yang tidak bertudung, sebaliknya sebagai peringatan bahawa menampakkan bentuk tubuh, terutama di bahagian dada dan punggung, boleh mencetuskan godaan hawa nafsu serta membawa kepada fitnah yang lebih besar.
Artikel lain: Ustazah Asma’ beri teguran, henti normalisasi konten pasangan belum nikah demi marketing

Ustazah Asma’ turut membandingkan keadaan itu dengan sebahagian wanita bukan Islam yang berpakaian sopan dan longgar walaupun tidak menutup aurat, berbanding wanita bertudung tetapi mengenakan pakaian ketat dan seksi.
Mengakhiri tegurannya, beliau mengajak seluruh masyarakat agar saling mendoakan supaya wanita Muslimah diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna, selari dengan tuntutan agama Islam.
: Facebook Ustazah Asma’ Harun