Ustazah Asma’ tegaskan haram buat rawatan ketatkan bahagian sulit -“Sedih & memalukan!”

by Oh! Semput


9
SHARES
114
VIEWS
Posted on 22 Jan 2026 00:04:38

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tegaskan bahawa rawatan ketatkan bahagian sulit adalah haram dilakukan walaupun dengan tujuan untuk menggembirakan pasangan.

Haram buat rawatan ketatkan bahagian sulit

Menerusi hantaran yang dikongsikan beliau di Facebook, Ustazah Asma’ menyatakan tindakan tersebut sama sekali haram kerana ia adalah aurat besar serta mengubah ciptaan tuhan.

Beliau juga meninggalkan nasihat untuk tidak membuka aib diri dengan bercerita tentang rawatan yang telah dilakukan.

“Haram ya buat rawatan alat kelamin tujuan ketat dan cerah, walau alasan untuk suami -Aurat besar dan ubah,” tulisnya.

 rawatan ketatkan bahagian sulit

Ketatkan bahagian sulit seperti ubah ciptaan Tuhan

Dalam pada masa yang sama, pendakwah berkenaan turut menyertakan pautan tentang hukum melakukan rawatan berkenaan bahagian sulit.

alt

Beliau juga berkongsi tentang penghujahan dalil berkenaan isu berkaitan rawatan di bahagian sulit dengan tujuan kecantikan semata-mata.

alt

Mendekati ancaman fitnah

Jelasnya, rawatan laser di bahagian sulit tersebut merupakan salah satu proses mengubah ciptaan Tuhan.

Walaupun ada beberapa isu yang membolehkan rawatan dilakukan di bahagian tersebut, namun jika ia bertujuan untuk kosmetik semata-mata, maka ia adalah haram kerana menjurus ke arah fitnah apabila melibatkan pendedahan aurat.

alt

Artikel lain: “Haram hukumnya!”- Netizen kecam Sasha Abdul Aziz, jalani rawatan ketatkan bahagian sulit

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang usahawan dan juga selebriti media sosial memuat naik hantaran memaklumkan telah menjalani rawatan laser bagi mengetatkan bahagian sulit.

Tindakannya berkongsi hal tersebut mengundang pelbagai respon daripada netizen dimana kebanyakkannya merasakan tindakan usahawan itu berlebihan.

Mana tidaknya, dia dilihat tanpa segan berkongsi perkara itu secara umum serta memuat naik situasi prosedur tersebut dijalankan.

: Facebook Ustazah Asma’ Harun  

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts