WFH untuk sektor awam? Mungkin akan dibincangkan dalam mesyuarat khas -Fahmi

by Oh! Semput


8
SHARES
109
VIEWS
Posted on 12 Mar 2026 20:34:44

Datuk Fahmi Fadzil menyatakan cadangan pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam akan diteliti terlebih dahulu dan berkemungkinan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas esok.

Akan dibincangkan esok dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas

Memetik laporan daripada Bernama, beliau menegaskan kerajaan mahu meneliti data ekonomi terkini dan indikator seperti harga minyak Brent, bahan api penerbangan serta perkembangan global sebelum sebarang keputusan dibuat.

alt

Pantau juga langkah negara lain

Menteri Komunikasi itu berkata kerajaan juga memantau langkah negara lain seperti Thailand yang melaksanakan WFH untuk agensi kerajaan bagi mengurangkan penggunaan tenaga ketika ketegangan geopolitik berlarutan di Asia Barat.

“Di pihak kerajaan, kita akan meneliti kesesuaian work from home ini, mungkin akan dibincangkan esok dalam mesyuarat khas.

“Mula-mula kita akan teliti apa keadaan ekonomi dunia. Kita akan teliti dulu angka-angka dan apa tindakan kerajaan,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi.

alt

Fahmi menegaskan kerajaan turut memastikan sokongan berterusan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kerana sektor itu merupakan nadi ekonomi negara, termasuk bagi pengeluaran barangan dan perkhidmatan serta eksport.

Beliau menambah langkah berkaitan WFH dan sokongan PMKS hanya akan diputuskan selepas menilai kesan terhadap pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh.

alt

Artikel lain: RUU had tempoh jawatan PM dibentang semula, harap MP kerajaan beri sokongan penuh -Fahmi

Beliau juga menegaskan bekalan barangan asas serta bahan api seperti RON95 mencukupi dan negara tidak menghadapi sebarang masalah, walaupun krisis Asia Barat bermula pada 28 Februari akibat serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran, yang diikuti tindak balas Iran terhadap kepentingan AS di rantau itu dan peraturan baru bagi kapal tangki yang melalui Selat Hormuz.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts