RTM, Unifi TV Penyiar Rasmi Piala Dunia FIFA 2026

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 06 May 2026 11:00:20

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyediakan liputan inklusif dan menyeluruh kepada rakyat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata penyiaran kejohanan itu melibatkan kos perolehan sebanyak RM24 juta selain elemen tajaan daripada pihak berkaitan.

Piala Dunia FIFA 2026 akan disiarkan menerusi pelbagai platform termasuk siaran percuma melalui MyTV serta platform OTT menerusi RTM Klik dan Unifi TV bagi memastikan akses menyeluruh kepada penonton di seluruh negara.

“Kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, manakala RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda,” katanya dalam Sidang Media Mingguan.

Beliau memaklumkan, penyiaran kejohanan itu turut melibatkan kerjasama strategik dengan sektor swasta bagi memperkukuh kualiti siaran serta capaian penonton.

Program ‘Grandstand’ akan diterbitkan dari Angkasapuri dengan penyampaian utama dalam bahasa Melayu serta sebahagian dalam bahasa Inggeris.

Perkembangan kejohanan turut dikongsikan menerusi program ‘Selamat Pagi Malaysia’, selain penganjuran acara tontonan umum di lokasi terpilih bagi meningkatkan keterlibatan peminat.

{suggest}

RTM, Unifi TV Penyiar Rasmi Piala Dunia FIFA 2026 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts