by Oh! Semput
Anda mungkin pernah berada dalam situasi ini. Nak beli telefon baharu yang betul-betul berkuasa untuk fotografi dan videografi, tetapi pening kepala nak pilih antara dua model yang nampak seperti kembar daripada keluarga yang sama.
Telefon yang dimaksudkan ialah vivo X300 FE dan vivo X300 Ultra.
Kedua-duanya baru sahaja dilancarkan dan lahir dalam siri flagship yang sama iaitu siri X300.
Masing-masing dilengkapi dengan teknologi optik eksklusif ZEISS dan menawarkan prestasi pengimejan kelas tertinggi.
Namun di sebalik persamaan itu, kedua-dua peranti ini mempunyai dua personaliti yang sangat berbeza
Satu direka khas untuk anda yang penggemar konsert atau festival, manakala satu lagi dibina untuk mereka yang mahukan peranti penghasilan video profesional taraf industri.
vivo menyatakan bahawa vivo X300 FE dan X300 Ultra dilahirkan daripada DNA pengimejan yang sama.
Ini bermakna kedua-dua peranti ini berkongsi asas kamera yang kukuh melalui enjin pengimejan ZEISS, sensor berkualiti tinggi dan falsafah rekaan kamera yang menjadi keutamaan.
Bagaimanapun, vivo memberikan tumpuan dan talaan yang berbeza pada setiap model supaya anda boleh memilih mengikut gaya hidup masing-masing.

vivo X300 FE (The Essential Imaging Flagship) membawa slogan ZEISS Image, Pro Packed. Ia merupakan sebuah telefon yang ringkas, ringan dan padat dengan ciri pro. Anda akan mendapat prestasi profesional tanpa perlu membawa peralatan yang berat.

vivo X300 Ultra (The Ultimate Cinematography Phone) pula membawa slogan ZEISS Cinematic, Born to Create. peranti ini dihadiri dengan visual yang ekstrem untuk anda yang mahukan kualiti video yang terbaik.
Mari kita lihat perbandingan spesifikasi dan fungsi secara langsung untuk melihat model mana yang paling padu untuk kegunaan anda.
vivo X300 FE (Concert King)
Jika anda seorang yang kerap ke konsert, festival muzik atau acara siaran langsung, vivo X300 FE ialah pilihan yang paling bijak.
Telefon ini dilengkapi dengan AI Stage Mode yang menggabungkan perkakasan telefoto dengan algoritma pintar untuk mengendalikan situasi pencahayaan pentas yang mencabar dan berubah-ubah.
Antara kelebihan utama siri FE untuk kaki konsert:

Menariknya, telefon ini menyokong vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 yang ringan (sekitar 153 gram sahaja).

Apabila telephoto extender ini dipasang, ia membuka keupayaan jarak fokus 200mm yang membolehkan anda merakam artis dari jarak jauh dengan kejelasan luar biasa tanpa perlu berebut di barisan rock zone hadapan.
Spesifikasi Utama X300 FE:
vivo X300 Ultra (Cinematic Beast)
Bagi pencipta kandungan profesional, videografer atau sesiapa sahaja yang mahu menghasilkan video komersial berkualiti tinggi, vivo X300 Ultra ialah sebuah peranti penciptaan visual yang sangat cemerlang.
Model ini membawa sistem tiga kamera gred tertinggi dengan penstabilan bertaraf industri:
Kelebihan paling ketara pada model Ultra ini sudah tentulah pada ekosistem videografinya yang menyokong rakaman Multi-Focal 4K pada 120fps, rakaman 10-bit Log Video terbina dengan pemantauan Custom 3D LUT, serta sokongan format Dolby Vision dan kodek Pro-Level APV 422.
Aliran kerja pasca-produksi telefon ini juga serasi dengan sistem ACES profesional. Mod sinematiknya membolehkan anda merakam pada nisbah aspek filem 2.4:1 (4K 24 fps) lengkap dengan kesan Film Grain, Motion Blur Simulation, dan Film Halation.
Untuk keupayaan jarak jauh, model Ultra ini bukan sahaja menyokong extender 200mm, malah serasi dengan vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra yang mampu mencapai jarak fokus 400mm gred optikal untuk skop penggambaran dokumentari hidupan liar atau aksi sukan yang ekstrem.
Spesifikasi Utama X300 Ultra:

Pilih vivo X300 FE jika:

Pilih vivo X300 Ultra jika:
Kedua-dua peranti ini bukanlah bertanding untuk menentukan siapa yang lebih baik, sebaliknya kedua-duanya dibina untuk memenuhi keperluan gaya hidup yang berbeza .
Disebabkan itu ia dalam segmen harga yang berbeza. vivo X300 FE dijual pada harga bermula RM3,299. Sementara vivo X300 Ultra pula bermula RM6,799 (RM5,899 harga pra-tempah).
Jika anda masih ragu-ragu mahu pilih yang mana, tanya diri anda satu soalan ini: “Apa yang paling kerap saya rakam? Momen ‘live’ artis kegemaran saya di pentas konsert, atau kandungan video kreatif bertaraf profesional untuk projek media saya?”
Apa pun pilihan anda, kedua-duanya menjanjikan sentuhan premium daripada ZEISS yang tidak akan mengecewakan.
*artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia
vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli WISER.MY.