(Ulasan) HP OmniBook X Flip 14 – Laptop Premium Yang Fleksibel

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 27 Feb 2026 11:00:24

Baru -baru ini, penulis berpeluang menguji sebuah laptop 2 dalam 1 terbaharu dari HP, OmniBook X Flip 14 (FM0048TU).

Jadi, selepas 2 minggu menggunakannya, ini pendapat jujur penulis.

Produktiviti, mobiliti

Dikuasakan pemproses Intel® Core™ Ultra 7 256V (2.20GHz), OmniBook X Flip 14 menawarkan prestasi pantas untuk tugasan harian.

Menyunting dokumen, melayari web, persidangan video dalam talian dan suntingan grafik ringan, tiada sebarag isu prestasi yang merencatkan kelancaran sepanjang menggunakannya.

Skrin 14 inci sentuh menyokong 10 titik sentuhan serta didtangkan dengan pen stylus, menjadikannya sesuai untuk pelajar, pekerja pejabat mahupun profesional.

Kemas, lasak

Dari segi rekaan, model ini tampil kemas dan premium dengan binaan yang masih agak ringan dan nipis yang memudahkannya untuk dibawa ke mana-mana saja.

Malah dengan hayat bateri yang penulis dapat sehingga 18 jam (HP dakwa sehingga 22 jam), OmniBook X Flip 14 memberikan anda ketenangan daripada isu kehabisan bateri.

Apabia perlu dicas pula, ia tersedia dengan pengecas pantas 65W jenis USB-C yang boleh dicas sepantas 30 minit sahaja untuk dapatkan 50% kapasiti bateri.

Jangan bimbang, laptop 2 dalam 1 ni kukuh dan tahan calar.

Walau bagaimanapun…

Sepanjang menggunakan HP OmniBook X Flip 14 ni, isu prestasi tidak timbul langsung. Pengalaman bersamanya juga menyenangkan.

Namun, seperti yang dikatakn di awal tadi, laptop 2 dalam 1 ini “agak ringan” bermakna ia juga sebenarnya sedikit berat.

Beratnya akan mual dirasai terutamanya apabila dipegang lama dengan sebelah tangan dalam mod tablet.

Berat HP OmniBook X Flip 14 ini sekitar 1.38 kg.

Satu lagi isu yang sedikit mengganggu adalah kualiti audio yang kurang baik terutamanya apabila diletakkan dalam mod ‘khemah”.

Mungkin kerana speaker nya terletak di bahagaian depan laptop iaitu betul-betul di bawah papan kekunci.

Jadi, bagi atasi kualiti bunyi yang keluar dari speaker untuk menikmati video atau mendengar lagu, disyorkan anda sambungkan dengan fon kepala berwayar atau wayarless sahaja.

Tapi, kualiti papan kekunci memang baik. Sangat sedap menaip. Pen stylus pula sangat membantu untuk tangan mencapai skrin apabila berada agak jauh terbelakang.

Kesimpulannya…

Secara keseluruhan, HP OmniBook X Flip 14 (FM0048TU) ini ialah pilihan seimbang untuk pengguna yang mahukan sebuah laptop fleksibel yang premium dengan kuasa pemproses terkini dan berkuasa AI.

Kelebihan mod penggunaan yang pelbagai dengan ciri skrin sentuh beresolusi setinggi 2K yang bersaiz besar 14 inci, menjadi daya tarikan utamanya.

HP OmniBook X Flip 14 (FM0048TU) kini sudah pun tersedia di pasaran Malaysia dengan harga jualan bermula dari RM4,999 yang boleh di beli dari Shop HP.com Malaysia atau stor rasmi di:

{suggest}

(Ulasan) HP OmniBook X Flip 14 – Laptop Premium Yang Fleksibel WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts