by Oh! Semput
Toyota hari ini melancarkan 3 model EV baharu untuk pasaran Malaysia dengan membawa masuk model Toyota Urban Cruiser BEV, Toyota bZ4X dan Toyota Hilux BEV.
Toyota Urban Cruiser BEV tampil sebagai EV dengan bateri lithium-ion berkuasa 128 kW dan tork 193 Nm.
Ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 426 km, sesuai untuk perjalanan bandar dan jarak jauh.
Pemandu juga boleh memilih tiga mod pemanduan: ECO, NORMAL dan SPORT.

Harga jualan Toyota Urban Cruiser BEV bermula RM198,000 di Semenanjung Malaysia, dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan serta 8 tahun untuk bateri BEV.
Toyota bZ4X pula crossover elektrik penuh dengan bateri lithium-ion 73.1kWh yang mampu memberijarak pemanduan sehingga 525 km.
Dari segi keselamatan, ia menawarkan teknologi Toyota Safety Sense termasuk Pre-collision System (PCS), Lane Tracing Assist (LTA), Blind Spot Monitor (BSM) dan 8 beg udara.

Harga jualan asas bagi Toyota bZ4X ini bermula RM220,000 dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan serta 8 tahun untuk bateri BEV.
Toyota kini turut menawarkan trak pikap elektrik sepenuhnya menerusi model Toyota Hilux BEV.
Toyota Hilux BEV pacuan semua roda (AWD) ini dikuasakan oleh motor dwi-permanent magnet synchronous yang berupaya menghasilkan kuasa setinggi 144 kW (196 PS).

Dimuatkan dengan bateri lithium-ion berkapasiti 59.2 kWh, ia mampu memberi jarak pemanduan sekitar 315 km.
Ia turut menyokong sistem pengecasan pantas CCS2 150 kW membolehkan baterinya dicas dari 10% ke 80% dalam masa 30 minit sahaja, manakala dengan pengecas AC Type 2 10 kW, bateri akan dicas penuh (10%-100%) dalam tempoh 6.5 jam.
Harga jualan bagi Toyota Hilux BEV bermula RM226,300 di Semenanjung Malaysia.

Untuk info lebih lanjut, layari laman rasmi Toyota Malaysia.
{suggest}
Toyota Lancar 3 EV Baharu Di Malaysia, Harga Bermula RM198 Ribu WISER.MY.