Todak, Dron Kamikaze Tempatan Akan Diuji Bulan Depan

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 12 May 2026 11:00:20

Pembangunan dron kamikaze buatan tempatan, Todak, keluaran Mindmatics Sdn Bhd kini memasuki fasa akhir dan bersedia untuk penerbangan ujian rasmi pertamanya bulan depan.

Memetik laporan Bernama, Ketua Projek Mindmatics Syed Firdaus Sayed Rohani berkata penerbangan ujian berkenaan bertujuan menguji kemampuan sebenar dron itu ketika beroperasi. Antara aspek yang akan diuji kelak termasuk jarak operasi penerbangan, kelajuan, tempoh operasi dan kemampuan dron berkenaan membawa kepala peledak.

Todak pertama kali dipamerkan kepada umum pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2024 (DSA 2024).

Foto: Mindmatics

Mengulas lanjut, Syed Firdaus berkata Todak boleh membawa kepala peledak sehingga 0.5 kilogram dengan keupayaan terbang ke sasaran sejauh 75 kilometer. Ia direka sebagai peluru pintar (smart munition) dengan keupayaan menyerang sasaran secara tepat, sama ada pegun atau bergerak.

“Dron ini dilengkapi dengan algoritma kecerdasan buatan (AI) serta unit kawalan tembakan bersaiz kecil bagi meningkatkan ketepatan serangan dan mempunyai masa operasi hingga 40 minit, dan dron ini juga mencerminkan kemajuan keupayaan tempatan. Keupayaannya membawa beban letupan serta dilancarkan melalui sistem catapult menjadikannya fleksibel dalam pelbagai senarai operasi,” katanya.

Tambahnya lagi, Todak telah bersedia untuk menjadi aset baharu atau aset masa hadapan pasukan pertahanan bagi memastikan pertahanan negara lebih moden dan berkemampuan.

{suggest}

Todak, Dron Kamikaze Tempatan Akan Diuji Bulan Depan WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts