by Oh! Semput
Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz menyatakan segelintir pengundi Cina didakwa mula meluahkan kerinduan terhadap era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekali gus menjadi isyarat amaran kepada parti-parti kerajaan khususnya DAP.
Memetik perkongsian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa di Podcast The Tiger Show, Amira berkata, sentimen tersebut sering dizahirkan oleh masyarakat Cina ketika beliau turun bertemu mereka melalui sesi kaunter bergerak.

Menurutbya, situasi itu membimbangkan memandangkan masyarakat dilihat tidak hirau untuk kembali kepada era pentadbiran Najib walaupun beliau kini sedang menjalani hukuman penjara sejak 28 Julai 2020.
Beliau turut mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu sebagai simbol penolakan masyarakat Cina terhadap DAP apabila parti itu gagal memenangi sebarang kerusi daripada lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Artikel lain: 68 peratus pengundi muda tak minat politik, PKR perlu dekati mereka menjelang PRU16
Dalam pada itu, Amira menggesa pemimpin DAP dan parti-parti komponen kerajaan supaya melakukan reformasi sebenar dalam tempoh enam bulan tahun ini dan tidak meletakkan tanggungjawab itu kepada satu parti semata-mata.
