by Oh! Semput

IDRIS (kiri) memakaikan kasut kepada seorang pelajar pada Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, hari ini. – Foto Mohammad Ishak
JERTIH: Selepas Kerajaan Negeri Terengganu menafikan pembabitannya dalam aktiviti Yayasan Bakti Negara (YBN), Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini turut menolak dakwaan kononnya kementerian itu terbabit sama dengan yayasan berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pihaknya tidak tahu menahu dengan sebarang aktiviti dijalankan oleh yayasan itu dalam bidang pendidikan dan kebajikan.
“Sehubungan itu, isu yang sedang dihadapi YBN tiada kaitan dengan kementerian kerana sebelum ini tidak ada kerjasama dibuat antara kementerian dengan yayasan terbabit.
“Saya tidak pernah menandatangani sebarang sokongan dan jika ada, ia adalah surat palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah kepada Pelajar Sekolah Daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong, dekat sini, hari ini.
Beliau mengulas sebaran WhatsApp berkaitan kegagalan kira-kira 2,000 jemaah menyertai pakej umrah yang dikendalikan oleh yayasan itu.
Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif menegaskan pihaknya tidak ada kaitan dengan YBN yang kini berhadapan dengan masalah kegagalan menguruskan guru negeri ini menjalani umrah.
Category: Semasa