Tiada rakyat Malaysia terbabit serangan bom di Turki

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 18 Dec 2016 01:00:51

KEJADIAN serangan bom terhadap bas tentera Turki di Kayseri, Turki. – Foto AP

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Angkara, Turki, mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam serangan bom kereta di bandar Kayseri, 322 kilometer dari Angkara, yang mengorbankan 13 orang serta mencederakan 55 yang lain hari ini.

Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia merakamkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Turki serta ahli keluarga dan mangsa yang terbabit dalam serangan berkenaan.

Menurut kenyataan Wisma Putra malam ini, pihak kedutaan akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Turki dan rakyat Malaysia di sana termasuk pelajar yang menuntut di Kayseri.

“Berikutan kejadian ini, Kementerian Luar mengingatkan semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau berhasrat untuk mengadakan lawatan ke Turki untuk sentiasa berhati-hati, sentiasa peka serta merujuk kepada panduan keselamatan yang disiarkan dalam laman sesawang KLN,” menurut kenyataan itu.

Malaysia juga berharap supaya pihak yang bertanggungjawab dalam serangan itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Category: Semasa


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts