by Oh! Semput
MCA tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan PAS susulan cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh agar penyatuan Melayu antara UMNO dan Pas diperkukuh menjelang PRU16 di Melaka.

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Timbalan Ketua Penerangan MCA, Neow Choo Seong menyatakan strategi itu merupakan permulaan yang baik dalam konteks permuafakatan orang Melayu, tetapi perincian perlu diperhalusi di peringkat kepimpinan parti.
Bagi MCA, fokus utama adalah pada kerusi yang bakal ditandingi dan bagaimana parti boleh menjadi suara serta wadah kepada masyarakat Cina.

Beliau menegaskan bahawa MCA bersikap terbuka dan bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat, termasuk dengan PAS.
Beliau berkata demikian dalam program interviu bertajuk ‘Kami Tak Main Sentimen Macam DAP!’ yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Isnin lalu.
Dalam pada itu, Choo Seong turut menekankan bahawa pemimpin dan ahli Pas perlu memahami sensitiviti bukan Islam, khususnya masyarakat Cina, dan menunjukkan sikap keterbukaan yang sebenar.

Artikel lain: MCA minta UPSR, PT3 tak tergesa-gesa dikembalikan semula
Choo Seong menegaskan bahawa hormat terhadap hak dan sensitiviti bukan Islam adalah kunci untuk memastikan kerjasama politik berjalan lancar, berbeza dengan parti yang hanya retorik tetapi tidak mengamalkan prinsip kesaksamaan.
: YouTube Sinar Harian