TUDM tetap lengkapkan aset

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 11 Dec 2016 10:01:03

IPOH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan berusaha melengkapkan aset penting walaupun berdepan cabaran kekangan ekonomi negara.

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Roslan Saad, berkata pasukan mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk mendapatkan keperluan serta penambahbaikan aset terbaik.

“Memang mencabar mendapatkan aset terbaik dalam keadaan ekonomi negara semasa tetapi kita akan cuba berusaha mendapatkan aset terbaik.

“Kita faham kerajaan berusaha memenuhi keperluan aset terutama dalam usaha melengkapkan pesawat udara terbaik untuk TUDM,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 55/2016 di Institut Latihan Tentera Udara Ipoh (ILTU) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Datuk Romlee Yahaya.

Roslan berkata, pesawat udara keempat Airbus A400M dijangka diterima sebelum Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA 2017).

“Kita menjadualkan semula penerimaannya kerana mahu mengemas kini pesawat udara (Airbus A400M) berkenaan dengan pengisian terkini supaya ia berada dalam keadaan lengkap dengan pengisian teknologi terkini,” katanya.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts