by Oh! Semput
Usahawan sensasi, Datuk Sri Aliff Syukri sekali lagi melakukan kebaikan dengan membantu seorang remaja mualaf warga asing meringankan bebannya selepas video dia sedang menjual mangga tular di media sosial.
Menerusi perkongsian di media sosial, Aliff Syukri menyatakan beliau sama sekali tidak berniat untuk mengangguk di air yang keruh kerana betul-betul ikhlas menghulurkan bantuan.
Ujarnya, beliau sangat kagum dengan semangat remaja terbabit yang gigih berusaha membantu ibu bapanya memandangkan anak sulung dalam keluarga.
Dalam pada masa yang sama, usahawan tersebut juga memuji adab dan akhlak remaja bernama Hafiz itu kerana sangat sopan serta turut menjadi imam solat berjemaah sewaktu hadir ke kediaman Aliff Syukri bagi sama-sama membuat siaran langsung di media sosial.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji remaja berasal daripada Kemboja itu yang cukup bersopan santun serta bercakap dengan nada yang sangat baik.
Mereka juga mendoakan agar Hafiz dan Aliff Syukri terus dimurahkan rezeki agar dapat membantu insan lain pula.



Sejak kebelakangan ini, usahawan terbabit dilihat cukup ligat menghulurkan bantuan kepada beberapa pihak yang disebut oleh pengikutnya di media sosial.
kebiasaannya, Aliff akan memberikan sumbangan wang selepas mereka sama-sama membantunya membuat siaran langsung mempromosikan produk di platform TikTok miliknya.
: Instagram aliffsyukriterlajaklaris