by Oh! Semput
Pelakon, Eira Syazira tampil mempertahankan anaknya, Amarra Sofea Rose yang menyertai program realiti Talk To My Manager musim kedua selepas menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Menurut Eira dalam perkongsian di Instagram, anaknya yang masih berusia 13 tahun itu wajar diberi ruang untuk belajar dan berkembang tanpa tekanan melampau daripada orang ramai.
Eira turut meluahkan kebimbangan terhadap kata-kata negatif yang boleh memberi kesan kepada emosi anaknya yang masih di peringkat awal remaja.
Dalam masa sama, Eira turut berkongsi beberapa komen netizen yang mengkritik prestasi dan kelayakan Amarra sebagai peserta program tersebut.

Walau bagaimanapun, ramai yang tampil mempertahankan Amarra dengan memberikan kata-kata semangat agar tidak berputus asa termasuklah barisan artis-artis terkenal.
Ujarnya, apa yang berlaku merupakan satu permulaan buat Amarra dan berharap agar remaja berusia 13 tahun itu terus kuat dan membuktikan bahawa dirinya sememangnya layak untuk berada di pentas program realiti tersebut.



Untuk rekod, Amarra merupakan peserta TTMM2 yang digandingkan bersama bapanya, Azad Jazmin sebagai pengurus, selain mempunyai dua lagi adik perempuan iaitu Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.
: Instagram eirasyaziraofficial