iOS 26.2.1 Kini Tersedia – Sokongan AirTag Generasi Kedua, Pembetulan Pepijat

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 27 Jan 2026 04:00:19

Apple hari ini mengeluarkan kemas kini iOS 26.2.1, sebulan selepas iOS 26.2 yang sebelum ini membawa perubahan pada Liquid Glass, AirDrop dan beberapa ciri lain.

Kemas kini terbaru ini menambah sokongan untuk AirTag generasi kedua, yang menampilkan cip Ultra Wideband generasi kedua bagi meningkatkan fungsi Precision Finding.

Selain itu, iOS 26.2.1 turut menyertakan pembetulan pepijat yang tidak diperincikan oleh Apple.

Pengguna boleh memasang kemas kini iOS 26.2.1 secara OTA (over-the-air) melalui Settings > General > Software Update > Update Now.

Bagi iPhone yang tidak menyokong atau belum dinaik taraf kepada ‌iOS 26‌, Apple turut mengeluarkan kemas kini iOS 18.7.4, iOS 16.7.13, iOS 15.8.6 dan iOS 12.5.8.

{suggest}

iOS 26.2.1 Kini Tersedia – Sokongan AirTag Generasi Kedua, Pembetulan Pepijat WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts