Apple hari ini melancarkan iOS 26.3, kemas kini terbaharu untuk iPhone yang hadir selepas dua bulan iOS 26.2 dikeluarkan.
Menurut Apple, iOS 26.3 menyertakan beberapa pembetulan pepijat serta kemas kini keselamatan penting. Namun, terdapat juga beberapa ciri baharu yang tidak disenaraikan secara rasmi.
Pindah ke Android
Apple kini menambah sokongan pemindahan data ke peranti Android. Pengguna hanya perlu meletakkan iPhone bersebelahan peranti Android untuk memulakan proses pemindahan data secara terus.
Apabila kedua-dua peranti disambungkan, pengguna boleh memilih untuk memindahkan data seperti foto, mesej, aplikasi, nombor telefon dan lain-lain.
Namun, data kesihatan, peranti yang dipasangkan dengan Bluetooth serta item dilindungi seperti nota berkunci tidak boleh dipindahkan ke peranti baharu.
Ciri ini boleh diakses melalui Settings > General > Transfer or Reset iPhone > Transfer to Android. Untuk menggunakan ciri pemindahan, pengguna memerlukan versi Android 16 yang serasi.
Hias Latar Cuaca
Kategori Weather kini mempunyai seksyen tersendiri dalam pilihan penyesuaian Lock Screen, berasingan daripada Astronomy.
Untuk mengaksesnya, tekan dan tahan pada Lock Screen, kemudian pilih ikon ‘+’ di bahagian bawah kanan skrin.
Lebih 35 Tampalan Keselamatan
iOS 26.3 membawakan lebih 35 tampalan keselamatan, termasuk satu pepijat dalam dyld (dynamic link editor) yang berpotensi membolehkan pelaksanaan kod sewenang-wenangnya.
Apple menyatakan pepijat ini mungkin telah dieksploitasi dalam serangan yang “sangat canggih” terhadap individu tertentu menggunakan versi iOS sebelum iOS 26.
Bagaimanapun, isu kerosakan memori ini telah diperbaiki melalui pengurusan keadaan yang lebih baik.
Tampalan keselamatan ini turut melibatkan komponen seperti Kernel, Game Center, WebKit, CoreServices, Bluetooth, Accessebility, UI Kit, Wi-Fi dan lain-lain.
Lain-lain
Di Kesatuan Eropah (EU), iOS 26.3 menambah dua ciri baharu iaitu Notification Forwarding dan pemasangan berasaskan jarak ala-AirPods untuk peranti pihak ketiga seperti fon kepala dan jam pintar, bagi mematuhi Akta Pasaran Digital EU.
Foto: Apple Hub
Selain itu, iOS 26.3 turut memperkenalkan “Limit Precise Location”, ciri privasi yang mengehadkan perkongsian tahap data lokasi dengan rangkaian mudah alih. Ciri ini hanya tersedia pada peranti dengan modem C1 dan C1X (iPhone 16e, iPhone Air dan iPad Pro M5) dan terhad kepada pembawa tertentu di Amerika Syarikat.
Ketersediaan
Pengguna boleh memasang kemas kini iOS 26.3 secara OTA (over-the-air) melalui Settings >General > Software Update > Update Now.
Bagi iPhone yang tidak menyokong atau belum dinaik taraf kepada iOS 26, Apple turut mengeluarkan kemas kini iOS 18.7.5.
Pelakon Datin Elvina Mohamad mengambil keputusan menarik diri daripada sebuah telefilem baharu, dua hari sebelum penggambaran bermula.Tak mahu lakukan babak panas
Pelakon popular, Zara Zya, meluahkan ciri-ciri lelaki idamannya yang bukan sahaja berkarakter maskulin tetapi juga mempunyai kemahiran praktikal serta asas agama yang baik.Tahu mengaji itu bonusFoto: Harian MetroMenurut Zara atau nama sebenarnya Zainur
Kira-kira 1,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai Program Outreach Bersasar Projek Lepas SPM peringkat Parlimen Hang Tuah Jaya yang memberi fokus kepada peluasan akses maklumat pendidikan tinggi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Perjalanan sebuah keluarga bertukar menjadi tragedi apabila empat individu termasuk seorang bayi berusia setahun maut selepas kereta yang mereka naiki dihempap sebuah treler yang terbalik di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Ting
Cubaan seorang lelaki untuk Mencuri kabel di sebuah taman perumahan di Bahau berakhir dengan kegagalan apabila tindakannya disedari penduduk sebelum dia sempat membawa lari hasil curiannya.Dalam kejadian yang berlaku semalam, suspek dipercayai seda
Kira-kira 1,000 liter asid hidroklorik tertumpah selepas sebuah lori tangki yang membawa hampir 25 tan bahan kimia itu terbalik di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Jambatan Kampung Cherating, pagi Sabtu.Kejadian yang dilaporkan sekitar jam 7.30 pagi itu
Perpaduan tidak boleh dibentuk melalui satu program atau usaha bersifat sementara, sebaliknya perlu dipupuk secara berterusan demi memastikan kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara.Mesej itu menjadi antara pengisian utama Sambutan Minggu Perpaduan (
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menafikan dakwaan bahawa tanah Orang Asli yang telah diwartakan dirampas seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.Dalam satu kenyataan, JAKOA menegaskan dakwaan berkenaan adalah tidak tepat dan menjelaskan bahawa sehin
TEMERLOH: Gelombang penghijrahan kepimpinan BERSATU ke Gerakan RESET turut melanda Temerloh apabila kira-kira 90 peratus Ahli Jawatankuasa (AJK) BERSATU Bahagian Temerloh mengambil keputusan meninggalkan parti itu untuk menyertai wadah politik bahar
Kehadiran seekor buaya sepanjang lebih tiga meter yang terperangkap dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Manggis di sini mencetuskan kegemparan dalam kalangan penduduk dan pengguna jalan raya pada Ahad.Penolong Pengarah Operasi Jabat