by Oh! Semput
Wisma Putra mengesahkan pelakon, Nadia Kesuma, yang sebelum ini dilaporkan hilang di Arab Saudi, telah dikesan meninggalkan Lapangan Terbang Jeddah.

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan perkara itu diketahui berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Arab Saudi, selepas pencarian dilakukan pelbagai pihak termasuk Konsular Malaysia di negara terbabit.

Pelakon itu sebelum ini gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur, transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Khamis lalu.
Suaminya, Prof Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, sebelum ini merayu kerajaan menggerakkan usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian.

Artikel lain: Suami Nadia Kesuma rayu kerajaan campur tangan, mohon gerakkan usaha diplomatik cari isteri
Beliau berkata keadaan ketika itu memerlukan tindakan segera dan bantuan kerajaan diperlukan untuk menjejak keberadaan Nadia.
Ahli keluarga juga telah membuat laporan kepada Wisma Putra dan Konsulat Malaysia di Jeddah, yang banyak membantu memberi bimbingan langkah seterusnya.
Nadia dikatakan gemar mengembara dan sentiasa memaklumkan pergerakannya kepada keluarga setiap kali tiba di sesebuah negara.
: Utusan Malaysia (Mohamad Hafiz Yusoff Bakri)