by Oh! Semput
Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mendakwa telefon pintarnya dipantau dan diintip oleh pihak tertentu selepas menerima notifikasi amaran daripada Apple berhubung cubaan serangan perisian pengintip atau mercenary spyware terhadap akaun peribadinya.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan perkara itu dipandang serius kerana melibatkan keselamatan data dan pencerobohan terhadap hak privasi individu.
Susulan itu, beliau berkata laporan polis akan dibuat selain mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

: Facebook Onn Hafiz Ghazi