Kak KM Tegur Pengunjung Festival Muzik Buka Baju – “Jangan Ikut Budaya Tak Elok”

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 04 May 2026 06:32:40

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM tampil memberi pandangan selepas tular video seorang lelaki membuka baju ketika menghadiri sebuah festival muzik di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Kak KM, setiap individu mempunyai hak untuk menyertai acara hiburan seperti itu, namun mereka tetap perlu menjaga adab dan batasan ketika berada di tempat awam.

Advertisement

“Jangan buat benda merapu-rapu macam menari tak pakai baju di tempat awam.

“Tak sesuai, saya ni nampak je pakai baju nampak ketiak, tapi pemikiran masih old school.

“Nak sertai itu hak masing-masing, tapi kalau rasa benda itu tak elok, jangan ikut,” katanya kepada mStar.

Kak KM menegaskan, kebebasan untuk berhibur tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melakukan perkara yang kurang sesuai di khalayak ramai.

Teguran tersebut turut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa setiap pengunjung acara perlu lebih peka dengan tingkah laku masing-masing ketika berada di lokasi terbuka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mazlee malik
2026-04-30 11:38:10

Maszlee Malik Maklum Gesaan Bawa Pulang Tiga Gajah 'Sudah Sampai' Ke Anwar Ibrahim

Kak KM Tegur Pengunjung Festival Muzik Buka Baju – “Jangan Ikut Budaya Tak Elok” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts