MCMC Tarik Balik Sekatan Sementara, Akses Grok Kini Dikembalikan

by Oh! Semput


9
SHARES
121
VIEWS
Posted on 23 Jan 2026 07:30:28

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memaklumkan sekatan sementara terhadap akses kecerdasan buatan (AI) Grok di platform X telah ditarik balik, berkuat kuasa hari ini.

Pada 21 Januari lalu, MCMC bersama Kementerian Komunikasi serta wakil platform X telah mengadakan mesyuarat berhubung aplikasi Grok.

Menurut MCMC, ia bertujuan bagi mendapatkan penjelasan dan komitmen platform X mengenai langkah pencegahan serta pematuhan undang-undang Malaysia, di mana pihak X mengesahkan bahawa semua langkah keselamatan yang diperlukan telah dilaksanakan terhadap aplikasi Grok.

Setelah mengambil kira penjelasan dan pengesahan awal yang dikemukakan, MCMC kini menarik balik sekatan akses sementara yang dikenakan terhadap Grok, namun tertakluk kepada pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa.

KENYATAAN MEDIA

AKSES KEPADA GROK DIKEMBALIKAN SETELAH X LAKSANA LANGKAH KESELAMATAN TAMBAHAN#MCMC pic.twitter.com/XCWJgnnkFP

— MCMC (@MCMC_RASMI) January 23, 2026

{suggest}

MCMC Tarik Balik Sekatan Sementara, Akses Grok Kini Dikembalikan WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts