Gaya Beg Tangan Quirky Di 4 Kota Fesyen Dunia

by Oh! Semput


11
SHARES
140
VIEWS
Posted on 06 Oct 2016 14:01:14

Bila tibanya musim minggu fesyen, anda pasti tertunggu gaya fesyen jalanan apakah yang bakal diolah oleh fesyenista terkenal sekitar kota fesyen. Cedok idea mereka dalam pilihan beg tangan unik sebagai tambahan koleksi gerobok anda!

1. NEW YORK

Kota metropolitan kegemaran ramai ini kian menjadi pilihan untuk mereka yang hadir ke minggu fesyen dengan gandaan gaya cukup eksentrik. Jika tahun sebelum ini mereka hanya tampil dalam persalinan feminin tetapi kini mereka lebih agresif dalam menyempurnakan idea padu padan. Koleksi beg tangan unik yang direka khas Kate Spade New York banyak menghimpunkan rekaan cukup berbeza serta ramai di antara it-girl atau ikon fesyen berlumba untuk bergaya bersama Kate Spade New York.

combine-1

2. PARIS

Kota yang banyak menghimpunkan gaya jalanan sangat eksentrik dan paling meriah dalam dunia fesyen. Antara gaya menarik bintang fesyen jalanan pilihan EH! iaitu:

combine-2

3. MILAN

Apabila fesyen gaya jalanan lebih penting dari ilham pentas peragaan! Inilah terjadi di minggu fesyen Milan baru-baru ini. Yang hadir semuanya dari pelusuk dunia segala idea panduan gaya cuba diceritakan kala melangkah ke Kota Milan.

combine-3

4. LONDON

Tidak terkecuali tersenarai dalam ilham gaya jalanan menarik dan unik. Walaupun tidak semeriah seperti di kota fesyen yang lain, namun ia punya tarikan tersendiri!

combine-4

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts