Tahniah! Shuib timang anak perempuan, isteri selamat bersalin

by Oh! Semput


7
SHARES
92
VIEWS
Posted on 07 Apr 2026 00:04:25

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib selamat menimang cahaya mata perempuan apabila isterinya, Watie Hanifiah selamat bersalin petang tadi.

Syukur atas kelahiran zuriat

Perkara tersebut dinyatakan Shuib menerusi hantaran di media sosial apabila menzahirkan rasa syukur diatas anugerah daripada Allah S.W.T.

Menurutnya, anak mereka telah lahir pada jam 3.47 petang 6 April 2026.

Ucap terima kasih kepada isteri

Dalam pada itu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 42 mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana menjadi insan yang cukup luar biasa serta memaklumkan proses melahirkan sangat mudah.

Dia juga mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti mendoakan isterinya sehingga segala urusan dipermudah.

“Terima kasih sayang, jadi seorang wanita yang sgt luar biasa! Alhamdulillah semuanya cukup senang dan di permudahkan.
Perancangan Allah luar biasa, kita reda, kita tawakal dan bersyukur selalu.Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga,” tulisnya lagi.

alt

Tahniah Shuib dan Watie!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah diatas kelahiran anak kelima Shuib.

alt

alt

alt

Sekadar info, Shuib dan Watie telah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Sebelum ini, pelawak terbabit merupakan suami kepada penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebelum kehilangannya pada 9 Ogos 2021.

Hasil perkongsian hidup dengan Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

: Instagram shuibsepahtu

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts