by Oh! Semput
Pelakon, Ben Amir selamat bergelar suami apabila memaklumkan khabar gembira tersebut di media sosial miliknya setelah beberapa hari memberi bayangan tentang hari bahagiannya.
Menerusi perkongsian Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 35, dia dan pasangan sudah bergelar suami isteri sejak Disember 2025 lagi dan meluahkan rasa syukur diatas mahligai yang mereka bina.
Dalam pada itu, pelakon filem Gantung The Movie ini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan doa yang baik buat mereka berdua.
Perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan juga para peminat yang setia mengikuti perjalanan seni aktor terbabit.
Dia yang sebelum ini sempat memuat naik beberapa gambar pre-wedding seakan memberi bayangan bahawa sedang berada dalam fasa yang cukup bahagia dengan pilihan hatinya yang merupakan wanita berasal dari Filipina.



Artikel lain: Baru peluk Islam, kekasih Ben Amir sudah ditegur netizen – “Dedah aurat, tak baik”
Terdahulu, Ben telah berkongsi momen sewaktu pilihan hatinya, Maiya atau nama Islamnya Liana Alara.
Semoga perkahwinan yang dibina terus bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
: Instagram benamirr