Kata-Kata Lisa Surihani Dari Mekah Buat Yusry Menitis Air Mata – “Walaupun Kita Berjauhan…”

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 29 May 2026 10:03:00

Pengarah dan pelakon, Yusry Abdul Halim dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika mendengar ucapan isterinya, Lisa Surihani yang kini sedang menunaikan ibadah Haji.

Menerusi klip yang tular di media sosial, Lisa berkongsi rasa syukur dan bangga melihat perjalanan karier serta pencapaian suaminya, menerusi panggilan telefon oleh radio Era.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed (@lisasurihani)

Doakan Allah pelihara setiap langkah mencari rezeki

Lisa memberikan ucapan sempena kejayaan watak ‘Datuk Muzaffar’ yang dilakonkan oleh Yusry dalam drama Dendam Seorang Mentua.

Sebagai isteri, dia mengakui turut gembira menyaksikan segala usaha dan pengorbanan Yusry selama ini akhirnya membuahkan hasil.

Awak lakukan (berlakon) dengan baik sekali, masyaAllah. Moga Allah pelihara setiap langkah you pergi dan balik mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Yusry drama Dendam Seorang Mentua

Tumpang gembira dan bangga

Ucapan penuh emosi itu membuatkan Yusry kelihatan cukup tersentuh sehingga mengalirkan air mata di hadapan rakan pelakon, Tracie Sinidol dan juga para penyampai radio.

Perkongsian video tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang tersentuh melihat hubungan pasangan berkenaan.

Moga Allah permudah segala urusan you, moga Allah makbulkan setiap doa-doa you. Walaupun dah lama tak berlakon TV, tapi lakonan you diterima sangat baik. Sebagai isteri, saya tumpang gembira, tumpang bangga.

 

View on Threads

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wr
2026-05-19 17:28:14

"Dia Tiada, Itu Menyakitkan" - Datuk Yusry Abdul Halim

Kata-Kata Lisa Surihani Dari Mekah Buat Yusry Menitis Air Mata – “Walaupun Kita Berjauhan…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts