Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahirkan Tahniah Kepada Bekas Panglima ATM Tan Sri Affendi Buang, Terima Anugerah Tertinggi Dari Negara Perancis

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 22 May 2026 06:32:13

KUCHING: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Affendi Buang yang dianugerahkan Commander de la Légion d’honneur oleh Republik Perancis.

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua menzahirkan rasa bangga atas pencapaian tersebut yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa serta mencerminkan kecemerlangan kepimpinan anak Sarawak dalam bidang pertahanan dan keselamatan negara.

“Pengurniaan anugerah berprestij tertinggi Republik Perancis itu merupakan pengiktirafan terhadap jasa, kepimpinan dan sumbangan besar beliau dalam memperkukuh hubungan pertahanan serta kerjasama strategik antara Malaysia dan Perancis sepanjang perkhidmatan beliau dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” menurut hantaran pada Rabu.

Baginda bertitah bahawa, Anugerah Commander de la Légion d’honneur merupakan antara darjah kebesaran tertinggi yang dikurniakan oleh Republik Perancis kepada individu yang memberikan sumbangan cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk diplomasi, keselamatan dan hubungan antarabangsa

Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar pengiktirafan berkenaan menjadi inspirasi kepada generasi muda dan warga ATM untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan semangat patriotisme demi kedaulatan negara.

Affendi berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia sejak 2 Januari 2020 sebelum bersara wajib pada 6 September 2023. #TVSarawak

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts