by Oh! Semput
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan teguran keras terhadap pihak yang “memakai seragam”.

Foto: Kesultanan Pahang
Memetik laporan daripada Malaysiakini, beliau bertitiah bahawa pihak yang memegang kuasa serta membawa nama institusi namun gagal menjaga integriti dan maruah,merupakan satu pengkhianatan kepada negara serta bentuk “kejahatan berjawatan”.

Foto: Kesultanan Pahang
Al-Sultan Abdullah turut menyeru golongan belia agar berani memutuskan rantaian budaya kotor serta menjadi generasi yang tidak boleh diugut atau dibeli.

Foto: Kesultanan Pahang
Artikel lain: Bekas PAT mengaku tidak bersalah guna kuasa, terima rasuah dan pecah amanah RM3 juta
Dalam pada masa yang sama, baginda turut menegaskan ketegasan dalam isu pemberian taraf penduduk tetap dan kewarganegaraan bukan suatu kezaliman kerana ia melibatkan kedaulatan dan maruah negara.
: Malaysiakini (NS Ramli)