by Oh! Semput
Model dan pempengaruh media sosial, Nadira Isaac, berkongsi pengalaman peribadinya menjalani prosedur membuang filler pada bahagian punggung, sekali gus memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mengambil mudah soal kesihatan demi kecantikan.

Screenshot
Menerusi perkongsian di Instagram, menurut Nadira, keputusan tersebut dibuat selepas mendapat nasihat daripada doktornya yang menegaskan bahawa suntikan filler pada bahagian seperti punggung atau payudara tidak sepatutnya dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Tambahnya lagi, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan trend kecantikan tanpa memahami risiko jangka panjang yang boleh menjejaskan kesihatan.
Dalam perkongsian sama, Nadira mendedahkan bahawa pada tahun ini, dia mengambil keputusan untuk membuang semua filler yang pernah dilakukan dan kembali kepada keadaan asal dirinya.

Screenshot
Artikel lain: Nadira Isaac nafi punca Harith Iskander & isteri berpisah, terkejut nama kena ‘petik’
Sebelum ini, nama Nadira Isaac pernah terpalit kerana didakwa menganggu rumah tangga orang namun menafikan menjadi punca Harith Iskander dan isterinya, Dr Jazamine berpisah selepas video dia di atas yatch bersama pelawak komedi berdiri itu tular di media sosial.
Tambah Nadira, dia menjelaskan bahawa dia dan Harith serta isterinnya hanya berkawan dan cuma beberapa kali sahaja bertemu.
: Instagram nadiraisaac