Status Malaysia sebagai pengeluar minyak bantu kurangkan beban rakyat -Tengku Zafrul

by Oh! Semput


8
SHARES
101
VIEWS
Posted on 10 Mar 2026 14:04:37

Status Malaysia sebagai negara pengeluar minyak memberi kelebihan kepada kerajaan untuk melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga tenaga global.

Status sebagai pengeluar minyak beri kelebihan

Menerusi perkongsian di media sosial, Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Zafrul Abdul Aziz menyatakan pendapatan yang dijana daripada sektor minyak membantu kerajaan mengurangkan kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap rakyat.

pengeluar minyak

Malaysia negara pengeluar minyak, bantu kurangkan beban rakyat

Menurut beliau, apabila harga minyak global meningkat, ia turut memberi kesan kepada kos pengangkutan dan harga barangan di seluruh dunia.

“Ya, memang ada kesan apabila harga minyak dunia meningkat. Kos pengangkutan dan barangan di seluruh dunia juga naik.
“Rakyat akan merasainya tetapi ada satu kelebihan (sebagai pengeluar minyak) yang membantu negara untuk mengurangkan kesan kepada rakyat,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia mencatatkan pengeluaran kira-kira 184 juta tong minyak mentah dan kondensat pada tahun lalu, sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara.

Sebagai contoh, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) meluluskan dividen kira-kira RM32 bilion bagi tahun kewangan 2025 dan sekitar RM20 bilion pada 2026.

alt

Artikel lain: RON95 kekal RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia meningkat – PM Anwar

Dalam masa sama, kerajaan masih mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter bagi rakyat yang layak melalui inisiatif BUDI95.

“Walaupun harga tanpa subsidi lebih tinggi, kerajaan juga melaksanakan subsidi bersasar supaya bantuan sampai kepada rakyat yang memerlukan dan mengurangkan ketirisan.
“Yang penting rakyat faham apabila harga minyak dunia naik, banyak negara hanya menanggung kos yang lebih tinggi.
“Malaysia berbeza. Kita bukan sekadar membeli minyak, kita juga menghasilkannya. Kekuatan itu kita gunakan untuk melindungi rakyat,” katanya.

alt

: Facebook Tengku Zafrul

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts