Speaker DUN Pahang Dakwa Tiada Keperluan Perubahan Tempat Babit ADUN Sabai, Wakil Rakyat Itu Setia Dan Kekal Dengan BN

by Oh! Semput


9
SHARES
114
VIEWS
Posted on 19 Mar 2026 13:32:13

KUANTAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin hari ini berkata tiada keperluan untuk perubahan tempat duduk membabitkan ADUN Sabai, kerana wakil rakyat itu setia dan kekal bersama BN.

Terdahulu media melapor ADUN Sabai, V.Arumugam menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa beliau sudah bertemu dengan pimpinan PAS Bentong baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi MIC Pahang turut mendakwa laporan itu adalah tidak benar dan bersifat mengelirukan.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Rosli Abd Jabar mendakwa mereka menerima secara terbuka penyertaan MIC dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sudah berhubung V.Arumugam.

“ADUN Sabai sudah menyatakan beliau kekal bersama BN dan tidak pernah menimbulkan sebarang isu yang boleh menjejaskan kedudukannya dalam Dewan,” kata kenyataan Sharkar. #PahangDaily

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts