Situasi Sama, Adakah Johan Dikecam Jika Berada di Borneo ?

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 01 Dec 2016 10:00:36

KISAH seorang pelawak terkenal tanahair dan isterinya yang terus dikecam netizen di media sosial selepas menghadiri upacara pengkebumian neneknya yang bukan beragama islam baru-baru ini tidak berlaku jika mereka berada di kalangan penduduk Borneo, Sabah dan Sarawak.

Memetik satu artikel yang terus menjadi viral di media sosial :

Niat untuk berkongsi kesedihan disebabkan pemergian insan tersayang telah bertukar menjadi bahan kecaman netizen di laman Instagram Johan dan Ozlyyn.

Gambar yang dimuat naik oleh pelawak terkenal tanah air, Johan yang menghadiri upacara pengebumian neneknya yang berbangsa Cina dan bukan seorang Muslim menimbulkan pelbagai perasaan kurang senang dan reaksi negatif dari pengikutnya.

Mereka menyifatkan yang tindakannya untuk memberi penghormatan terakhir pada jenazah neneknya itu tidak selari dengan ajaran Islam.

Apatah lagi disebabkan dia dan isterinya, pelakon Ozlynn memakai pakaian yang menyerupai ahli keluarga Cina yang lain.

Kebanyakan sudah pun tahu yang Johan memang berasal dari keluarga berbangsa Cina kerana sebelum ini dia sudah pun menyatakan latar belakang keluarganya kepada para peminat.

Disebabkan diserang pelbagai komen yang menghentam dirinya sekeluarga, Johan telah memuat naik satu lagi gambar meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati ibunya.

Kasihan Johan sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen yang kebanyakannya berlagak Tuhan dengan menjatuhkan hukum sesuka hati. – Artikel yang terus menjadi VIRAL

Luahan Ibu yang dimuatnaik Johan

Luahan Ibu yang dimuatnaik Johan

Bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak datang memberi penghormatan ketika berlaku kematian, atau menghadiri kenduri kematian, majlis perkahwinan dan lain-lain adalah perkara biasa.

Sehingga hari ini sebagai contoh di Sabah, dalam sebuah rumah terdapat adik-beradik yang berlainan agama tetapi masih tinggal sebumbung sehingga dewasa dan membawa haluan masing-masing. Sudah pasti mereka ini akan lebih peka dan memahami keperluan untuk hidup bermasyarakat dan saling bertolak ansur.

Bagi penulis sendiri yang merasai pengalaman ini dan cuba menggambarkannya melalui penulisan ringkas dalam artikel ini merasakan apa yang penting bagi seorang muslim ialah wajib mempelajari ilmu agama untuk mengetahui apa yang boleh dan dilarang agama supaya kita tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan syariat.

Sebagai contoh lain, penulis mahu berkongsi tentang seorang wakil rakyat iaitu ADUN N.5 Tandek YB Datuk Anita Baranting baru-baru ini menghadiri kenduri ke-100 pemergian isteri kepada Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) yang tidak mengundang apa-apa komen dan reaksi negatif dari masyarakat setempat melainkan jika selepas ini ia dipolitikkan. – SMS News Portal


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts