“Doa Kami Sihat Pun Dah Lebih Daripada Cukup, Selagi Tak Demam..” – Pasukan SAR Jaslinda

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 03 Jun 2026 10:02:36

“Tak komen apa pun tak pa, doa kami sihat pun dah lebih daripada cukup.”

Demikian luahan seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi akaun TikTok @Kopihangit yang kini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49.

Menerusi video dimuat naik kelmarin, anggota bomba tersebut berkongsi suasana perjalanan bersama pasukan SAR ketika meredah hutan tebal selain memaparkan rutin mereka sepanjang operasi dijalankan.

@kopihangit

Tak komen apa pun takpa, doa kami sihat pun dah lebih dari cukup.

? original sound – rm.

Dia turut memuat naik satu lagi video yang menunjukkan keadaan mereka di dalam hutan berada dalam keadaan baik walaupun berdepan cabaran sepanjang misi pencarian.

“Selagi kami tak demam, kami okey ja. Kalau layan stres, lagi tak jadi apa kan,” katanya.

Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan anggota SAR selain turut mendoakan keselamatan mereka dan berharap Jaslinda segera ditemukan.

“Ahli bomba ini banyak jasa diorang. Moga diberi sihat tubuh badan untuk mereka,” komen pengguna TikTok, Zarra73.

“Semoga yang terlibat misi pencarian Jaslinda diberi kesihatan, kekuatan mental dan fizikal. Semoga semuanya selamat,” tulis Raff.

“Saya doakan team abang-abang semua dalam keadaan sihat dan dapat jumpa Jaslinda,” kata Tlys.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan keputusan sama ada operasi SAR Jaslinda yang hilang di Gunung Batu Putih akan diteruskan atau ditangguhkan dijangka diputuskan dalam satu mesyuarat khas hari ini.

Advertisement

Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon dilaporkan berkata, keputusan mengenai hala tuju operasi akan dibuat berdasarkan hasil perbincangan serta penemuan sepanjang SAR dijalankan.

Beliau berkata, mesyuarat yang dijadual berlangsung pada pukul 2 petang itu akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan melibatkan pelbagai agensi berkaitan termasuk polis serta Jabatan Perhutanan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

acap
2026-06-03 11:01:48

Selepas 7 Tahun Hilang, Muncul Dakwaan Kehilangan Acap Di Bukit Batu Putih Ada Unsur Jenayah Terancang? Ini Penjelasan Penuh

“Doa Kami Sihat Pun Dah Lebih Daripada Cukup, Selagi Tak Demam..” – Pasukan SAR Jaslinda first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts