by Oh! Semput
Selebriti terkenal, Sheila Rusly berkongsi detik cemas apabila mengetahui bahawa dia sebenarnya berjiran dengan perompak di kawasan perumahannya.

Menerusi satu hantaran di Threads, Sheila mendedahkan kejadian itu berlaku pada malam tadi, sekali gus mengejutkannya selepas lebih sedekad menetap di kawasan perumahan berpagar dan berpengawal.

Menurut Sheila, pendedahan itu membuatkan dia berasa tidak selamat walaupun kawasan tersebut sebelum ini dianggap antara kawasan yang paling terjamin dari segi keselamatan.

Screenshot
Bagaimanapun, situasi berjaya dikawal apabila suspek perompak berkenaan telah ditahan pihak berkuasa. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Sheila selepas menjawab pertanyaan seorang pengguna di Threads yang bimbang akan keselamatannya.

Artikel lain: Nazim Othman kongsi video AI peluk lelaki, komen Sheila Rusly jadi tanda tanya — “Ermm, sesuatu”
Perkongsian tersebut turut mengundang reaksi orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang terhadap tahap keselamatan kawasan kediaman, meskipun dilengkapi pelbagai sistem kawalan keselamatan.
Sehubungan itu, rata-rata netizen menasihati Sheila agar lebih berwaspada dan meningkatkan sistem keselamatan di kediamannya meskipun kawasan tersebut mempunyai pengawal keselamatan.
: Threads sheilarusly_jspictures