TNB Serbu 5 Premis Lombong Bitcoin Haram

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 09 Feb 2026 07:30:20

Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama Team Special Engagement Against Losses (SEAL) Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjalankan operasi bersepadu di sekitar Bukit Beruntung pada 7 Februari 2026.

Operasi ini turut disertai oleh Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin.

Operasi tersebut dilaksanakan susulan aduan awam berhubung gangguan bekalan elektrik di kawasan sekitar yang dipercayai berpunca daripada penggunaan tenaga elektrik secara berlebihan dan tidak terkawal.

 

Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 5 premis perniagaan menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin tanpa kebenaran atau lesen sah.

Aktiviti perlombongan Bitcoin tanpa kelulusan bukan sahaja melanggar peraturan, malah berisiko menyebabkan gangguan bekalan elektrik, kerosakan infrastruktur, litar pintas serta kebakaran yang boleh menjejaskan keselamatan komuniti setempat.

Hasil serbuan itu, MPHS memaklumkan tindakan sitaan peralatan perlombongan telah diambil mengikut peruntukan undang-undang. MPHS dan TNB menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti penggunaan elektrik secara haram.

{suggest}

TNB Serbu 5 Premis Lombong Bitcoin Haram WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts