Seramai 1,000 wanita e-Kasih Di Pahang Terima Manfaat Bernilai RM900,000 Melalui Program Sejahtera MADANI Kebajikan i-Suri Wanita e-Kasih

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 22 May 2026 06:32:15

KUANTAN: Seramai 1,000 wanita e-Kasih di Negeri Pahang menerima manfaat bernilai RM900,000 melalui Program Sejahtera MADANI Kebajikan i-Suri Wanita e-Kasih yang dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Pahang dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Pahang (SDO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Majlis berlangsung di Dewan Okid BCIC Indera Mahkota dan dirasmikan oleh Pengarah SDO Pahang, Datuk Razihan Adzharuddin.

Program ini menyalurkan dua bentuk bantuan di bawah agenda Kerajaan MADANI iaitu bantuan Ihsan RM600,000 dalam bentuk simpanan KWSP yang diagihkan kepada 1000 wanita e-Kasih untuk membantu caruman KWSP wanita e-Kasih terpilih.

Ahli Majlis Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia Negeri Pahang, Sridayu Samsuri (kiri) bersama wanita Pahang

Juga insentif i-Suri bernilai RM300,000 bagi menggalakkan suri rumah membuat caruman KWSP dan membina simpanan hari tua.

Tegas Datuk Razihan, program tersebut membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan golongan wanita, khususnya suri rumah B40 tidak tercicir daripada jaringan keselamatan sosial negara.

"Apabila kita jaga kebajikan suri rumah, kita sebenarnya jaga masa depan keluarga dan negara. Insentif i-Suri ini adalah pelaburan jangka panjang untuk wanita Pahang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan KWSP, Shuhaizam Ismail berkata kolaborasi bersama ICU JPM dan SDO Pahang membolehkan maklumat dan pendaftaran i-Suri sampai terus kepada kumpulan sasar.

"Program ini bukan sekadar bantuan sekali, tetapi membuka laluan kepada suri rumah untuk mula membina simpanan persaraan melalui KWSP," ujarnya.

Manakala Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi pula berkata, program seumpama itu penting untuk menyantuni rakyat di peringkat akar umbi secara terus.

"Kita mahu pastikan setiap ringgit bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Ini semangat MADANI yang kita bawa ke Kuantan dan seluruh Pahang," katanya.

Majlis turut diisi dengan taklimat i-Suri, kaunter pendaftaran KWSP, dan sesi soal jawab bersama peserta.

Turut hadir Ahli Majlis Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia Negeri Pahang, Sridayu Samsuri, Pengarah Kanan KWSP, Shuhaizam Ismail, dan Pengarah KWSP Wilayah Timur, Rahmat Ali. #SuaraKeadilan

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts