Seorang Lelaki Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Empat Buah Kenderaan Di Jalan Kuantan-Gebeng, Awal Pagi Tadi

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 02 Mar 2026 10:01:51


KUANTAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kuantan-Gebeng, di sini awal pagi tadi.

Kematian disahkan oleh Kementerian Kesihatan, mangsa dikenali sebagai Muhammad Khairul Hakimi Zulkipli, 30 tahun.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria dalam kenyataan memaklumkan, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa Muhammad Khairul Hakimi Zulkipli, 30 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan membabitkan dua jenis kereta, sebuah lori dan sebuah kereta pacuan empat roda. Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa masing-masing daripada tiga kenderaan dilaporkan selamat,” menurut kenyataan itu.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota bersama jentera segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.35 pagi. #BeritaRTM

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts