Semua IPTA Di Malaysia Kini Boleh Akses ‘Gemini for Education’

by Oh! Semput


8
SHARES
108
VIEWS
Posted on 09 Mar 2026 11:00:21

Semua 20 universiti awam (IPTA) di Malaysia secara rasmi  mengaktifkan penggunaan Gemini for Education dalam sistem akademik dan pentadbiran masing-masing, melibatkan hampir 600,000 pelajar serta 75,000 tenaga pengajar.

Melalui integrasi ini, IPTA yang menggunakan Google Workspace for Education kini turut mempunyai akses percuma kepada Gemini for Education, yang membolehkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu penyelidikan, pembelajaran dan tugasan akademik.

Menurut Google, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menyediakan akses tambahan kepada beberapa teknologi AI Google. Seramai 40,000 tenaga pengajar kini diberikan akses kepada Google AI Pro for Education yang menawarkan penggunaan model AI premium.

Selain itu, kira-kira 128,000 pelajar juga mendapat akses NotebookLM Enterprise untuk membantu dalam penyelidikan, analisis dokumen serta penulisan akademik.

Dengan inisiatif ini, pelajar dan pensyarah di universiti awam kini boleh menggunakan Gemini 3.1 Pro, iaitu model penaakulan terkini daripada Google dan digabungkan dengan LearnLM yang dibangunkan khusus untuk kegunaan pembelajaran.

Selain akses kepada teknologi, Google turut menawarkan pelbagai program latihan bagi meningkatkan literasi AI dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar. Antaranya termasuk program Gemilang, platform Google Skills, kursus AI Google percuma, pensijilan Gemini untuk pelajar universiti serta program Google Career Launchpad.

{suggest}

Semua IPTA Di Malaysia Kini Boleh Akses ‘Gemini for Education’ WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts