“Bila?”- Selepas Rembayung, Steven Sim seloroh mahu makan nasi minyak BASS

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 09 Apr 2026 20:35:02

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, mencuri perhatian apabila berseloroh menyatakan hasrat untuk menikmati nasi minyak bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Gurauan itu dibuat ketika beliau mengunjungi restoran milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming, iaitu Rembayung pada Rabu.

alt

Istilah “nasi minyak” sering digunakan dalam kalangan masyarakat sebagai simbolik kepada majlis perkahwinan atau pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.

“Saya rasa selepas makan di Rembayung ini, saya hendak makan pula nasi minyak. Bila (majlis diadakan)?” katanya secara berseloroh.

alt

alt

Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella yang dikenali dengan gabungan nama BASS selamat melangsungkan pertunangan dalam satu majlis pada 28 Mac lalu, selepas ahli politik itu melamar penyanyi berkenaan di Gunung Kinabalu.

Pada hari sama, Steven turut berkongsi foto bungkusan laksa berserta kuah yang dimasak oleh Bella menerusi Insta Story miliknya.

Sementara itu, Syed Saddiq turut berseloroh dengan menyatakan dirinya hanya membantu merasa laksa air tangan tunangnya itu.

alt

Artikel lain: Bella Astillah masak sendiri laksa, bekalkan Steven Sim buat isteri -“Sangat sweet & baik hati!”

Terdahulu, mereka bertiga menikmati makan tengah hari bersama di restoran berkenaan, dengan Steven turut memberikan penilaian terhadap hidangan yang disajikan.

alt

Beliau menyifatkan makanan di restoran itu sebagai memuaskan, malah memberikan markah tinggi.

“Saya bagi sembilan daripada 10 markah. Lauk kegemaran saya ialah telur goreng kicap,” ujarnya.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts